Saturday, 28 January 2012

MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T MAHA BERKUASA

Allah s.w.t Maha Berkuasa Kekuasaan-Nya meliputi langit dan bumi.

Antara bukti kekuasaan Allah S.W.T berdasarkan ayat hafazan adalah :
  • memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
  • menghilangkan kuasa pemerintahan seseorang
  • memuliakan seseorang atau menjadikan seseorang itu hina
SEBAB KEMULIAAN DAN KEHINAAN MANUSIA
Sebab-sebab kemuliaan seseorang:
  • beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T
  • melakukan kebaikan sesama manusia
  • berakhlak mulia dalam kehidupan
Sebab-sebab kehinaan seseorang:
  • tidak melakukan perintah Allah S.W.T seperti solat fardhu,puasa Ramadhan, dan sebagainya.
  • melakukan larangan seperti meminum arak,berzina ,menderhakai ibu bapa dan sebagainya.
  • malas untuk berusaha dan tidak mahu berubah ke arah kebaikan.

CARA MENGHARGAI NIKMAT ALLAH S.W.T
  • menggunakan nikmat Allah S.W.T untuk beribadat
  • membelanjakan harta untuk menyara diri dan keluarga.
  • menggunakannikmat dengan berhemah dan berjimat cermat :)

1 comment: