Fardu ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Berdosa jika tidak melaksanakannya.
Fardu kifayah ialah perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian orang Islam untuk kepentingan umat Islam seluruhnya. Sekiranya tidak ada seorang pun daripada anggota masyarakat yang melaksanakan fardu kifayah ,maka berdosalah semua masyarakat tersebut.
PERKARA FARDU AIN
- menunaikan solat fardu
- berpuasa pada bulan Ramadan
- mengeluarkan zakat
- mengerjakan haji
- berbakti kepada ibu bapa
PERKARA FARDU KIFAYAH
- solat berjemaah
- menguruskan jenazah
- menyampaikan dakwah
- menguasai ilmu teknologi maklumat ,kedoktoran,kejuruteraan,perindustrian,dan sebagainya.
KEPENTINGAN FARDU AIN
Individu
- melahirkan individu yang taat kepada perintah dan larangan Allah S.W.T
- melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya
Masyarakat
- melahirkan masyarakat yang mengamalkangaya hidup Islam
- segalaperintah Allah S.W.T dapat dilaksanakan dengan mudah.
Negara
- melahirkan warganegara yang berbudi pekerti mulia
- ajaran Islam dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna

No comments:
Post a Comment