Friday, 13 January 2012

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W

KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Nabi Muhammad berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy,iaitu golongan yang terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat Arab. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab. Ibu dan bapanya mempunyai pertalian kekeluargaan.

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Lahir di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Berbagai kejadian aneh telah berlaku semasa kelahiran baginda.
Antaranya ialah :
  • suasana terang benderang di seluruh bandar Mekah
  • burung-burung bersiul gembira udara yang nyaman ,serta bunga yang harum , dan tumbuhan yang segar
  • baginda lahir dalam keadaan tertiarap seperti orang sujud dengan kedua jari telunjuk terangkat keatasmemberi tandakesaan Allah S.W.T
Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana kematian ayah semasa masih dalam kandungan ibunya.  



No comments:

Post a Comment