Konsep dan pengertian perpaduan
Perpaduan bermaksud persaudaraan dan penyatuan yang menjadi satu prinsip bagi menyatupadukan masyarakat. Perpaduan amat ddituntut dalam Islam dan perlu dihayati oleh setiap Muslim.Perpaduan dapat mewujudkan umat Islam yang kuat,dihormati,maju,dan cemerlangdalam semua aspek kehidupan, manakala perpecahan menyebabkan umat Islam menjadi lemah. mundur,dan terkeluar daripada arus perdana dunia.Perpaduan dalam Islam adalah berasaskan akidah Islam iaitu keamanan kepada Allah S.W.T dan rasul.
CIRI-CIRI PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
- saling berkenalan,hormat-menghormati,dan berkasih sayang sesama manusia
- sentiasa bersangka baik terhadap seseorang
- berlapang dada dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.
- menjalinkan persaudaraan dengan hati yang ikhlas.
HIKMAH BERSATU PADU
- lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
- wujud keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara.
- lahir umat Islam yang teguh,kuat,dan padu
CARA MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN
- saling bekerjasama dan bertoleransi dalam kehidupan.
- memupuk semangat kejiranan.
- menghindari perbuatan memfitnah dan sebagainya.
- membudayakan amalan ziarah-menziarahi
PENGAJARAN AYAT
- Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan
- Akidah Islam merupakan asas perpaduan dalam Islam
- perpaduan yang kukuh merupakan pemangkin kepada kecemerlangan umat Islam.



