Tuesday 14 February 2012

jom zikir ;)


ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA

Kewajipan Beradab Dengaan Keluarga
  • Keluarga ialah orang yang mempunyai pertalian darah atau persaudaraan dengan kita.
  • Sesebuah keluarga adalah kaum kerabat yang terdiri daripada ibubapa,nenek datuk,adik beradik ,bapa saudara,emak saudara dan sebagainya.
  • Umat Islam dituntut supaya berbuat baik dan berbakti kepada keluarga dan sanak saudara :)
Adab Bergaul Dengan Keluarga
  • Mengucap salam apabila bertemu
  • saling ziarah-menziarahiuntuk merapatkan lagi ikatan kekeluargaan
  • bercakap dengan sopan ketika berkomunikasi 
  • saling hormat-menghormati antara satu sama lain
Kebaikan Menjaga Adab Bergaul Dengan Keluarga
  • dikasihi dan dirahmati oleh Allah S.W.T
  • jiwa dan perasaan sentiasa tenang dan tenteram
  • merapatkan hubungan dan kasih-sayang antara ahli keluarga
  • dihormati dan dikasihi oleh masyarakat
Amalan Pergaulan Yang Salah Dengan Keluarga
  • bercakap menggunakan perkataan yang kesat 
  • reda dengan perkara maksiat yang berlaku dalam keluarga
  • tidak bekerjasama dalam perkara kebaikan
  • dengki dengan ahli keluarga yang memiliki sesuatu kelebihan
Akibat Tidak Menjaga Adab Bergaul dengan Keluarga
DIRI
  • jiwa menjadi resah
  • hidup dalam kesusahan 
  • tersisih daripada keluarga
KELUARGA
  • maruah keluarga akan tercemar
  • keluarga terdedah kepada mungkar
  • tiada kerjasama dalam keluarga

Saturday 28 January 2012

PERPADUAN ASAS KESEJAHTERAAN

Konsep dan pengertian perpaduan
Perpaduan bermaksud persaudaraan dan penyatuan yang menjadi satu prinsip bagi menyatupadukan masyarakat. Perpaduan amat ddituntut dalam Islam dan perlu dihayati oleh setiap Muslim.Perpaduan dapat mewujudkan umat Islam yang kuat,dihormati,maju,dan cemerlangdalam semua aspek kehidupan, manakala perpecahan menyebabkan umat Islam menjadi lemah. mundur,dan terkeluar daripada arus perdana dunia.

Perpaduan dalam Islam adalah berasaskan akidah Islam iaitu keamanan kepada Allah S.W.T dan rasul.

CIRI-CIRI PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
  •  saling berkenalan,hormat-menghormati,dan berkasih sayang sesama manusia
  • sentiasa bersangka baik terhadap seseorang
  • berlapang dada dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang.
  • menjalinkan persaudaraan dengan hati yang ikhlas.
HIKMAH BERSATU PADU
  • lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
  • wujud keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara.
  • lahir umat Islam yang teguh,kuat,dan padu
CARA MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN
  • saling bekerjasama dan bertoleransi dalam kehidupan.
  • memupuk semangat kejiranan.
  • menghindari perbuatan memfitnah dan sebagainya.
  • membudayakan amalan ziarah-menziarahi
PENGAJARAN AYAT
  • Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan
  • Akidah Islam merupakan asas perpaduan dalam Islam
  • perpaduan yang kukuh merupakan pemangkin kepada kecemerlangan umat Islam.

MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T MAHA BERKUASA

Allah s.w.t Maha Berkuasa Kekuasaan-Nya meliputi langit dan bumi.

Antara bukti kekuasaan Allah S.W.T berdasarkan ayat hafazan adalah :
  • memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
  • menghilangkan kuasa pemerintahan seseorang
  • memuliakan seseorang atau menjadikan seseorang itu hina
SEBAB KEMULIAAN DAN KEHINAAN MANUSIA
Sebab-sebab kemuliaan seseorang:
  • beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T
  • melakukan kebaikan sesama manusia
  • berakhlak mulia dalam kehidupan
Sebab-sebab kehinaan seseorang:
  • tidak melakukan perintah Allah S.W.T seperti solat fardhu,puasa Ramadhan, dan sebagainya.
  • melakukan larangan seperti meminum arak,berzina ,menderhakai ibu bapa dan sebagainya.
  • malas untuk berusaha dan tidak mahu berubah ke arah kebaikan.

CARA MENGHARGAI NIKMAT ALLAH S.W.T
  • menggunakan nikmat Allah S.W.T untuk beribadat
  • membelanjakan harta untuk menyara diri dan keluarga.
  • menggunakannikmat dengan berhemah dan berjimat cermat :)

Friday 13 January 2012

FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PENGERTIAN
Fardu ain  ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Berdosa jika tidak melaksanakannya.

Fardu kifayah ialah perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian orang Islam untuk kepentingan umat Islam seluruhnya. Sekiranya tidak ada seorang pun daripada anggota masyarakat yang melaksanakan fardu kifayah ,maka berdosalah semua masyarakat tersebut.


PERKARA FARDU AIN
  • menunaikan solat fardu
  • berpuasa pada bulan Ramadan
  • mengeluarkan zakat
  • mengerjakan haji
  • berbakti kepada ibu bapa
PERKARA FARDU KIFAYAH
  • solat berjemaah
  • menguruskan jenazah
  • menyampaikan dakwah
  • menguasai ilmu teknologi maklumat ,kedoktoran,kejuruteraan,perindustrian,dan sebagainya. 

KEPENTINGAN FARDU AIN
Individu
  • melahirkan individu yang taat kepada perintah dan larangan Allah S.W.T
  • melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya
Masyarakat
  • melahirkan masyarakat yang mengamalkangaya hidup Islam
  • segalaperintah Allah S.W.T dapat dilaksanakan dengan mudah.
Negara
  • melahirkan warganegara yang berbudi pekerti mulia
  • ajaran Islam dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W

KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Nabi Muhammad berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy,iaitu golongan yang terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat Arab. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab. Ibu dan bapanya mempunyai pertalian kekeluargaan.

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Lahir di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Berbagai kejadian aneh telah berlaku semasa kelahiran baginda.
Antaranya ialah :
  • suasana terang benderang di seluruh bandar Mekah
  • burung-burung bersiul gembira udara yang nyaman ,serta bunga yang harum , dan tumbuhan yang segar
  • baginda lahir dalam keadaan tertiarap seperti orang sujud dengan kedua jari telunjuk terangkat keatasmemberi tandakesaan Allah S.W.T
Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana kematian ayah semasa masih dalam kandungan ibunya.